Perkhidmatan Kereta Sewa Di Kota Bharu

Pengenalan

Memandangkan banyak pertanyaan yang diterima daripada pelanggan-pelanggan kami, maka pihak Bonda Homestay Kota Bharu ingin membantu pelanggan-pelanggan kami yang datang bercuti ke Kota Bharu untuk mendapatkan Kereta Sewa Di Kota Bharu dengan mudah. Untuk makluman, pihak Bonda Homestay Kota Bharu tidak menyediakan sebarang Perkhidmatan Kereta Sewa ini. Kami hanya membantu pelanggan-pelanggan kami untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Namun begitu salah seorang daripada pelabur kami mempunyai Syarikat Kereta Sewa Di Shah Alam. Boleh layari web rasmi beliau Kereta Sewa Shah Alam bagi yang tinggal di Shah Alam dan Lembah Klang.

Cara Mendapatkan Perkhidmatan Kereta Sewa Di Kota Bharu

Kami sendiri memahami situasi pelanggan-pelanggan kami. Tidak semua yang datang bercuti atau atas urusan kerja dengan kenderaan sendiri. Boleh dikatakan hampir separuh daripada jumlah pelanggan kami bagi setiap bulan datang bercuti sama ada dengan bas awam, kereta api dan kapal terbang. Di sini diterangkan cara-cara untuk mendapatkan Perkhidmatan Kereta Sewa dengan mudah. Syarat-syaratnya anda hanya perlu mempunyai telefon bimbit yang mengandungi jaringan internet sahaja.

  1. Buka google(tidak kira sama ada google.my atau google.com)
  2. Isi dan taip kata kunci ‘Kereta Sewa Kota Bharu‘ atau ‘Kereta Sewa Di Kota Bharu
  3. Pilih mana-mana laman web yang menjadi pilihan anda
  4. Baca dan teliti dulu terma dan syarat pada laman web
  5. Hubungi nombor telefon kakitangan bertugas pada laman web berkenaan

Perkara-Perkara Penting Semasa Mendapatkan Perkhidmatan Kereta Sewa

Di sini kami terangkan secara ringkas mengenai perkara-perkara penting sebelum melanggan sebarang Perkhidmatan Kereta Sewa ini.

  1. Pilih 2 atau 3 laman web pilihan anda. Jangan terlalu ghairah atau cepat membuat sebarang keputusan.
  2. Bandingkan harga mengikut jenis kereta pilihan anda pada setiap laman web yang dipilih. Di sini anda boleh memilih harga yang paling murah antara semua mengikut kesesuaian poket anda. Perlu ingat, murah tak semestinya bagus perkhidmatan yang diberikan.
  3. Setelah memilih salah satu daripada syarikat Kereta Sewa yang diingini, baca dahulu terma dan syarat pada laman web berkenaan. Langkah ini amat penting bagi menentukan variasi harga antara waktu cuti umum atau tidak(jika ada), diskaun yang diberikan(jika ada) dan senarai dokumen yang perlu disediakan semasa proses pengambilan kereta.
  4. Hubungi kakitangan bertugas untuk pertanyaan lanjut dan urusan tempahan.

Pihak Bonda Homestay Kota Bharu ini berharap artikel ini dapat membantu dan menerangkan secara ringkas mengenai cara mendapatkan Perkhidmatan Kereta Sewa Di Kota Bharu ini. Perlukan penginapan Rumah Tetamu atau Hotel Bajet yang berkonsepkan homestay? Boleh hubungi Bonda Homestay Kota Bharu untuk maklumat lanjut atau layari laman web ini.

Terima kasih.

Bonda Homestay Kota Bharu

No 363 Taman Paya Rambai, Jalan Bayam,

15200 Kota Bharu, Kelantan Malaysia.

+60 13-401 4200